TUGASAN INDIVIDU
MINGGU 1: PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet yang boleh dijadikan sebagai ejin pencari seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.
Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
•Laman Internet: Terletak dalam laman web ataupun blog
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
Pengguna
perlu menaipkan alamat internet untuk melayari internet dengan
menggunakan pelayar tertentu. Lazimnya, apabila pengguna mengklik ikon
internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan
secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet adalah
seperti berikut:
Taipkan nama bahan yang diperlukan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search untuk
mendapatkan bahan tersebut. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada
perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang
hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga boleh
didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan
video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan
video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan
menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat
turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan
youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan. Kesemua
bahan yang dimuat turun daripada internet hendaklah disaring terlebih
dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik
darjah. Sebagai seorang guru, terdapat beberapa faktor yang perlu
diambil kira seperti faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan
sensitiviti sesebuah kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh
daripada internet.
Gunakan
kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder
tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan
yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
· Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
· Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan.
· Anda
akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” +
“masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
· Anda
boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti
“resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan
penyenaraian anda.
Setelah
anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan
yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam
sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan
pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada
hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Seminggu.
· Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
Pemilihan kata kunci
Kata
kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang
ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop
pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai
contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu
panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat
dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”.
Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Fail
internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud
setelah pengguna memuat turun bahan dari internet. Bahan yang diperolehi
daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
1.3.1 Alamat Internet
· Untuk
menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu
mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah
yang berikutnya.
· Apabila
telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian
alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila
klik copy.
· Buka
fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam
fail Word.
· Setelah
itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga
anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa
contoh alamat internet yang telah diberikan.
Contoh Alamat Internet.
Pantun
Contoh Pantun
Jantung Manusia
Hikayat Hang Tuah
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
| |
URL
| |
Sinopsis
|
Untuk
mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di
atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam
contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat
contoh yang berikutnya:
Katalog Alamat Internet
Tajuk
|
Peribahasa Melayu
|
URL
| |
Sinopsis
|
Laman
sesawang mengenai peribahasa Melayu yang digunakan dalam sukatan
pelajaran menyenaraikan peribahasa-peribahasa tertentu yang boleh
digunakan dalam pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
|
Tajuk
|
Seni Tenun Melayu
|
URL
| |
Sinopsis
|
Laman
sesawang mengenai seni tenun Melayu yang dipercayai berkaitan dengan
pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang.
|
Tajuk
|
Tatabahasa Kata Nama
|
URL
| |
Sinopsis
|
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.
|
No comments:
Post a Comment