Sunday, August 26, 2012

LAMAN UTAMA



Hasil Pembelajaran :
  • Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
  • Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Membina tapak pembelajaran yang mudah.
  • Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
  • Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam p&p Bahasa Melayu.
  • Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan Bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan: dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 



BAHASA JIWA BANGSA




Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985), menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang sempit dan luas. Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan Pulau Melayu, termasuklah Indonesia yang ada sekarang ini. Dalam pengertian yang lebih luas, UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di semenanjung, termasuk orang- orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.

 Istilah Melayu yang lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa buah kawasan berhampiran. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di negara Indonesia. Di Malaysia, pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan Agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu diiktiraf sebagai:

Ø  Orang yang bertutur dalam bahasa Melayu
Ø   Menganut Agama Islam
Ø  Mengamalkan cara hidup dan budaya melayu.

Hal ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri- ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu.

                        Secara umum, tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu iaitu penutur asli Bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan lebih mendalam. Penggunaan istilah Melayu boleh dikatakan sangat baharu dan muncul buat pertama kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Bahasa itu lahir bersama-sama dengan bangsa yang menuturkannya. Catatan rahib Buddha bernama I’tsing yang menggunakan perkataan mo-lo-yu terdapat dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 masihi.

Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan ‘mlayu’ bermaksud berlari atau mengembara. Ini boleh dikaitkan dengan orang-orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan. Bukti yang dapat dilihat tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya diperoleh sejak tahun 683 Masihi. Bukti tersebut berupa empat buah batu bersurat yang dijumpai di tempat-tempat berikut:
  •  Di kedudukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi.
  • Di Talang Tuo, Palembang pada 684 Masihi.
  • Di Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 686 Masihi.
  • Di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi pada tahun 686 Masihi.
Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu ialah yang dipercayai ditulis pada kira- kira akhir abad ketujuh. Bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus - ratus tahun dahulu.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur - penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua,golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian dia belayar dan bercucuk tanam.

Ada juga sesetengah ahli sejarah yang berpendapat bahawa bahasa Melayu bukan berasal dari Asia Tengah. Mereka mendakwa bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu sendiri. Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah menghuni Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun dahulu
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001). Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.

Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping, itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995).

Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengaAh, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

No comments:

Post a Comment