Sunday, April 15, 2012

BIASA VS LUAR BIASA

YANG BIASA VS YANG LUAR BIASA

1. Sembahyang

Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.



2. Sedekah

Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.



3. Berjaga malam

Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. La ni ramai yang berjaga malam main FB. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.



4. Kerja

Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn.

Resepi (Murtabak Biskut)

Aku ni bukan pandai memasak tapi suka simpan resepi.  Kot-kot satu hari nanti berhajat nak masak.  Resepi Murtabak biskut ni dah lama aku dapat..... Beli biskut selalu tak habis. Tu yang bercadang nak buat murtabak..Malangnya, sampai ke hari ini...tak menjadi-jadi lagi... Inilah resepinya..
Boleh la cuba..


MURTABAK BISKUT

inti
daging / Sardin hancurkan
tumbuk bawangg merah, putih, halia -tumis bersama daun kari, serbuk kari - wangi + daging cincang + garam +perasa  dan masak hingga kering sedikit.

kentang dipotong macam french fries tu- goreng dan ketepikan

santan sderhana pekat dalam 11/2 cawan (suam) kalau beli pati + air panas..

biskut lemak - lebih kurang 12 keping 
 telur 2 biji
lada sulah.

Cara2
santan + garam + lada sulah .
rendamkan biskut dalam santan tadi- jangan lembut sangat..setakat basah2 jer n susun dalam loyang.. letak daging atau sardin n kentang goreng..tekan n ratakan..ulang semula lapis biskut- lapis inti -lapis biskut atas sekali.. lebihan santan tadi + telur n pukul ringan.. siram atas biskut tadi n letak hirisan bawang n cheese kalau suka..bakar 190 c 30 minit - hingga perang.. selamat mencuba..

Tazkirah (Ingatan Untuk Semua)

Nilainya Bukan Hanya 20 sen...

Tersebutlah kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tempat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang konduktor  bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah konduktor bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada konduktor bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," konduktor bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

  Konduktor bas tersebut tersenyum, lalu berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Janganlah kita gadaikan iman kita dengan seberapa besar pun nilai wang.. kerana iman tak boleh dijual beli...


Friday, April 13, 2012

diriku

LADAP

Hari ini 14.4.2012. ada Ladap di sekolah.  belajar buat blog..  Ada orang kata nak buat blog ni senang je..orang yang x de pengetahuan ict pun boleh buat. Ada juga yang kata, ikat kaki n tangan pun boleh buat...biar betul...jenuh aku nak buat....sampai lupa nama gmail sendiri...dah x tau yang mana satu yang betul..dok edit je......
Akhirnya jadi juga la blog aku yang buta ni...x de..pe-pe lagi...nanti nak kemaskini...agar lebih cantik....Rasanya berfaedah juga buat ladap hari ni..gb belanja sarapan roti....lepas ni makan tengahari di Kuala Gula..Itu pun gb jg nak belanja...baiknya gb ku.....
Letih betul la.. tiap-tiap sabtu ada program...minggu lepas...kelas ...minggu ni ladap... minggu depan kelas ganti...minggu lagi satu..motivasi sjk daerah pula..Yang lecehnya aku kena jadi mc..wal hal hari tu, aku nak p makan kenduri..... Menu istimewa....ikan keli bakar parit gabis...sedap.....entah sempat atau tidak....

Keluargaku







suamiku
















Anak-anakku

Aina Izzati














Afiq Syazwan
















Adli Iskandar













Aiman Iqbal